Tuesday, 3 October 2017

MINAT TERHADAP PENULISAN DAN HALANGAN UNTUK MENULIS

Artikel ini terinspirasi selepas membaca buku karya A. Ubaidillah Alias yang bertajuk; "Ingin Jadi Penulis?" terbitan Telaga Biru. Artikel ini bukan bermaksud untuk memberi ulasan terhadap buku tersebut tetapi ingin berkongsi intipati dan ditambah dengan sedikit pengalaman menulis ketika menyambung pengajian dahulu. 
Antara perkara yang perlu ada pada seseorang yang ingin jadi penulis ialah:
1. Ketekunan. Penulis A. Ubaidillah Alias menyatakan akan kepentingan untuk ada sifat tekun untuk menulis kerana menulis bukan sesuatu kerja yang mudah. Pada hemat saya penulis juga perlu ada sifat yakin dan berani untuk meluahkan idea melalui penulisan. Kekurangan sifat yakin dan berani ini terjadi pada diri saya sendiri sewaktu belajar dahulu. Bila menulis selalu rasa betul atau tidak apa yang ditulis. Sifat ini akan menggangu kelancaran penulisan. sepatutnya tulis dahulu kemudian minta bantuan orang yang lebih pakar untuk buat semakan. Kita akan belajar perkara yang sebetulnya melalui komentar tersebut. 

2. Alat untuk mencatat idea. Letusan idea ini boleh berlaku secara tiba-tiba. Bila idea itu datang jangan diabaikan, ia mungkin tidak akan kembali lagi. oleh itu, sentiasa sediakan sesuatu untuk mencatat. Antara alat paling mudah untuk digunakan ialah telefon bimbit anda. Bila idea tercetus terus sahaja catatkan dalam telefon bimbit anda melalui aplikasi Notes atau apa jua aplikasi yang boleh menulis.

3. Pemerhatian yang tajam. Seorang penulis harus peka dan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling. Idea boleh muncul melalui pemerhatian terhadap manusia, alam sekitar dan sebagainya. Bak kata penulis Benz Ali; seorang penulis yang baik ialah seorang pemerhati yang tajam. 

Setakat ini sahaja perkongsian yang dapat dilakukan. Semoga beroleh manfaat. 

Ulasan Novel - Sebelas Patriot

SEBELAS PATRIOT – ANDREA HIRATA “Jika ada hal lain yang sangat menakjubkan di dunia ini selain cinta, bola sepak” -         ...